3 TIPS MEMULAKAN BISNES ONLINE UNTUK MEMBAYAR HUTANG.

April 07, 2018

Assalammualaikum semua.

Akhir akhir ini Nida ada didatangi pertanyaan melalui wasap tentang bagaimana bisnes online Nida mampu 'tolong' bayarkan hutang hutang yang bertimbun.

Pertama sekali, hutang memang sesuatu yang biasa di kalangan masyarakat. Tak kira tua atau muda. Tak kira penjawat awam atau swasta.

Berhutang pada zaman ini ada lah biasa, demi mencukupkan keperluan asas kita. So, jangan malu pada yang berhutang. Cuma kita perlu kawal keadaan hutang kita.

HUTANG BOLEH DIKAWAL!

Semasa menghadiri seminar kewangan bersama AKPK hujung Mac lalu, ada disediakan tips menangani hutang.

Hutang sebenarnya boleh dikawal! Ada pelbagai cara yang disebutkan. Salah satu yang menarik minat Nida ialah dengan adanya pendapatan sampingan individu.

Pendapatan sampingan boleh kita guna untuk bayar hutang. Cuma jangan lah berhutang untuk buat pendapatan sampingan tu ya. Hehe.

BISNES ONLINE PLATFORM YANG MUDAH UNTUK MEMULAKAN PENDAPATAN SAMPINGAN



Ramai daripada rakan rakan sepenjawat awam telah mula berniaga sejak akhir akhir ini

Kebanyakannya memilih untuk mencari pendapatan secara online kerana ianya mudah, murah dan fleksible.

Bila kurang risikonya, maka keuntungan boleh sehingga 100% dan lebih sehari. Dengan mudahnya hutang yang banyak tadi pun kita bayar kan.

Macamana nak mulakan bisnes online ini?

Ada beberapa perkara kita perlu ambik kira sebelum mula berbisnes. Yang paling utama, buat bisnes online bukan sebab nampak best tapi demi masa depan kita sendiri.

3 TIPS MEMULAKAN BISNES ONLINE ANDA SENDIRI!

Kalau pergi tanya kat mana mana mentor bisnes, pasti ianya sama sahaja.

1. Produk Bermodal Rendah

Kenapa mesti kena pilih produk bermodal rendah?

Modal rendah ni tidak menyusahkan kita untuk bermula. Modal atau yuran permulaan yang rendah.

Lagi pun, tentu kita nak bermula dengan modal rendah kalau kita dah banyak hutang. Nak apply loan memang tak approve da.

Baca >> Bisnes Modal Rendah Tapi Pulangan Infiniti

2. Produk Yang Kukuh Dalam Pasaran Semasa

Bukan senang satu satu produk kekal lama di pasaran dengan ekonomi semasa yang sentiasa berubah.

Sekiranya hendak buat bisnes dengan serius, pastikan anda pilih produk yang kukuh dan stabil, tetap tak pernah lapuk dan semestinya sudah berada lama di pasaran.

Baca >> Produk Pilihan Ramai Yang Dah 100 Tahun Di Dunia

3. Platform Bisnes Online


Selepas dah buat keputusan tentang produk yang nak dijual, perlu lah bersegera memilih platform untuk pasarkan bisnes anda secara atas talian (online).

Ada banyak platform dan anda kena pilih untuk fokus 1 atau 2 platform lebih baik.

Facebook
Instagram
Twitter
Blog
Vlog
Dan banyak lagi....

Kalau pergi kelas kelas media sosial ni, ramai yang akan faham beza kesemua platform ni.

Biasa seller online pilih platform berdasarkan keselesaan dan mudah untuk mereka. Seperti Facebook dan Instagram yang sememangnya rata rata digunakan di Malaysia

Namun, ini tidak bermakna platform seperti blog dan vlog kita tak nak terokai. Terpulang pada kesesuaian masing masing lah kan.


Tiga langkah awal memulakan bisnes online ni adalah sebagai.panduan asas lah untuk sesiapa di luar sana yang mahu mengubah taraf hidup tahun ini.

Bagi Nida, matlamat Nida tahun ini adalah umtul bebas dari masalah kewangan. Kita bayar sampai habis hutang hutang itu!😊

Masih tak tahu nak jual produk apa?

Ha.. Nida tengah cari protege untuk buat bisnea online sama sama. Sekiranya berminat, boleh klik link Nida di bawah,

Jadi Protege #DuitExtraRatusRibu

Maklumat berkenaan protege bisnes Nida ni Nida tulis kat entry Projek #DuitExtraRatusRibu Untuk Mereka Yang Mahu Bebas Hutang.

Semoga kita sama sama maju dari segi kewangan tahun ini. Hidup lebih bahagia.

Nida (0165842330)
891274
🍀Trusted SID and Business Partner🍀

You Might Also Like

1 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook

beauty